Sunday, August 30, 2009

Nyanyian Farith Taib tidak jauh beza dengan Afgan? Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Khamis Jun 4, 2009


SENARIO penyanyi baru sekarang mungkin berbeza dengan apa yang dicari oleh penyanyi zaman dahulu. Rata-rata mereka yang baru terjun ke dunia muzik sekarang boleh menyanyi, cuma antara menyedapkan halwa telinga atau sebaliknya.
Setiap kali pencinta muzik menantikan kemunculan pendatang baru dalam industri muzik ini, pasti kelainan yang dicari oleh mereka.
Penyanyi Farith Taib, 28, anak didik penyanyi, penulis lirik dan komposer Hazami sudah lama bersabar untuk memenuhi cita-citanya sejak tiga tahun lalu.
Bagi Farith atau nama sebenarnya Farizzudin Mohamad Taib, dia bersetuju dengan apa yang difikirkan oleh orang lain di mana seseorang artis itu perlu mengikut persepsi orang.
“Saya tahu yang pendengar sekarang lebih suka menghargai lagu dari luar dan mungkin tidak nampak apa yang penyanyi tempatan lakukan.
“Kami di sini juga cuba untuk menyampaikan lagu yang sama hebat seperti penyanyi luar negara.
“Misalnya, lagu-lagu dalam album Afgan tidak jauh beza dengan apa yang saya boleh bawa,” kata Farith yang ditemubual di Menara Star semalam.
Farith memulakan cita-citanya untuk bergelar penyanyi sejak berada di tingkatan lima. Selepas tamat sekolah, dia menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di Kolej PTPL sambil meminta kerja sebagai penyanyi sambilan di kelab malam dan hotel. Namun dia hanya belajar sehingga semester keempat dan belum berkesempatan menyambung pelajarannya itu buat masa ini.

Pada tahun 2004, dia menyertai Malaysian Idol musim pertama dan hanya sempat melangkah ke pusingan ‘wildcard’.
Dari situ, dia mula mengenali Hazami sehinggalah dia menyertai program Mentor pada tahun 2006 dengan bermentorkan Hazami. Namun, dia hanya bertahan sehingga top 12.
Walaupun pernah kecundang, dia tidak serik untuk meneruskan cita-citanya berbekalkan tunjuk ajar daripada Hazami.
“Saya tidak menyesal memilih bidang ini kerana sudah tiga tahun saya menunggu album ini. Saya pernah ‘give up’ sehingga mahu sambung belajar semula.
“Tetapi sekarang saya sudah banyak belajar tentang ‘chord’ dan belajar membuat lagu sendiri untuk dikumpul dalam simpanan sendiri.
“Saya seronok dan ‘enjoy’ membuatnya,” tegas Farith.
Kini, dia sudah boleh meneruskan langkahnya untuk terus maju ke hadapan setelah berjaya menyiapkan album pertama, Dinamik Cita dan Cinta yang bakal diterbitkan pada Julai depan.
Sebanyak 10 buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu seperti Merindu Cinta, Haruskah, Demi Cinta Indah Ini, Permainan Ini, Syair Puisi Sepi, Akan Setia, Pulang, Bawa Daku Pergi, Tak Ingin Luka dan Cinta Yang Ku Damba.

“Bukan senang untuk saya membuat album ini kerana penuh dengan gelora, kesusahan dan keperitan. Jadi, tajuk album ini iaitu ‘dinamik’ memberikan makna ‘turun naik’ manakala ‘cita dan cinta’ adalah ‘susah senang saya’.”- Farith.
Tidak dinafikan yang sesetengah penyanyi dalam industri ini dibayangi oleh penyanyi senior sebelum ini.
Begitu juga dengan cara nyanyian Farith yang didengari seakan-akan sama seperti mentornya, Hazami.
Namun begitu, Farith menafikannya dan merasakan ‘saya tidak sama dengan Hazami.’
Ulasnya, “Tak semestinya mentor dan protege akan mempunyai persamaan kerana sebelum ini ada juga penyanyi yang bukan mentor dan protege tetapi ada persamaan.
“Misalnya, orang pernah kata Hazami menyanyi seperti Anuar Zain dan selepas itu Fazli Zainal pula yang dikatakan mengikut cara nyanyian Hazami.
“Buat permulaan ini, saya ingin orang kenal ‘tone’ suara saya terlebih dahulu. Selepas itu, baru mereka boleh membuat perbandingan antara saya dengan Hazami kerana dia penuh akrobatik tetapi saya bersuara besar.
“Tetapi orang tetap mengatakan saya klon Hazami,” jelasnya.
Erti cita dan cinta
Tajuk album Dinamik Cita dan Cinta yang dipilih olehnya sendiri itu memberikan maksud bermakna untuk Farith.
“Bukan senang untuk saya membuat album ini kerana penuh dengan gelora, kesusahan dan keperitan. Jadi, tajuk album ini iaitu ‘dinamik’ memberikan makna ‘turun naik’ manakala ‘cita dan cinta’ adalah ‘susah senang saya’,” akhirinya.
Bagaikan gementar dengan kemunculan album pertamanya yang akan muncul pada Julai depan, Farith berkata: “Saya takut samada orang akan terima atau tidak lagu-lagu saya. Bagaimanapun, saya kena ‘push’ orang untuk menilai dan mendengar lagu saya.”

Friday, August 28, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Langkah pertama Farith Taib


TIDAK semua artis bernasib baik. Kemunculan kali pertama tidak semestinya terus mendapat sambutan. Malah ada yang terpaksa bertapak sedikit demi sedikit untuk terus menempatkan diri dalam bidang seni.

Kecekalan anak muda yang menggelarkan dirinya Farith Taib ini mungkin tidak dirasai oleh orang ramai lagi. Tapi, berbekalkan pengalaman sebelum ini, tidak mustahil untuk Farith menjadi anak seni yang berjaya satu hari nanti.

Akui Farith, banyak pengalaman yang dikutip sepanjang bergelar penyanyi kelab malam. Apabila tamat sahaja sekolah menengah, dia terus berhijrah daripada satu kelab ke kelab yang lain.

Hampir tujuh tahun menghambakan diri di kelab-kelab malam, kini Farith mula sedar langkahnya tidak harus terhenti setakat itu sahaja. Dia harus terus berjuang demi memastikan kerjaya seninya berkembang seperti penyanyi lain.

Sudah tentu pengalaman ketika menyertai Malaysian Idol musim pertama memberikan memori manis kepada pemuda yang berusia 28 tahun ini.

Jelasnya walaupun hanya sampai ke peringkat wild card sahaja, di situlah dia menemui dimensi baru dalam hidupnya untuk terus berjaya. Keperitan untuk merealisasikan impian ditelan begitu sahaja.

Cahaya terang yang menyelubungi Farith selama ini semakin menampakkan cahaya apabila dia bertemu dengan Hazami, seorang penyanyi dan komposer yang terkenal.

"Alhamdulillah, bertemu dengan Hazami menjadi pembuka jalan untuk saya berjaya. Saya bersyukur sangat Hazami dapat melihat bakat yang ada dalam diri saya seterusnya ditawarkan menjadi artis rakaman Hazami Record.

"Meskipun sudah mengenali Hazami, dia tidak terus memberikan peluang kepada saya merakamkan album. Lama juga saya bersama Hazami sehinggalah dia mula percaya dan berani menerbitkan album saya," jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Bercerita mengenai detik awal pertemuannya dengan komposer hebat tersebut, pada mulanya dia hanya mahu mendapatkan khidmat nasihat semata-mata. Itulah yang dinamakan rezeki.

Berkat kesabaran Farith, dia kini berbangga apabila album sulungnya sudah pun siap dan kini hanya menunggu masa untuk dilancarkan. Dinamik Cita dan Cinta menjadi bukti Farith mahu terus serius menjadi bintang yang bersinar.

Kata pemilik nama Farizzudin Mohammad Taib ini, album yang berkonsepkan pop ini telah diterbitkan di bawah label Hazami Record dan sudah pasti ia menerbitkan sedikit rasa bangga apabila puas berusaha.

"Saya suka lagu yang ada jiwa Melayu. Saya tak kisah jika ada yang melabelkan lagu berjiwa Melayu ini syahdu dan tangkap leleh. Buat apa nak malu dengan konsep sebegitu?

"Saya juga tidak kisah kalau tidak popular artis lain. Biarlah saya menapak sedikit demi sedikit atas usaha saya. Buat apa kita popular jika mengharapkan pada kontroversi," jelas Farith yang juga berbakat dalam penulisan lirik.

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan lagu-lagu yang terkandung dalam album Dinamik Cita dan Cinta boleh melayari www.myspace.com/bliss81 atau e-mel kepada tekadhazami@yahoo.com.my

Farith, interrupted



By : HIZREEN KAMAL

2009/06/15

Farith’s debut album Dinamik Cita dan Cinta, which has been five years in the making, is a reflection of his dogged determination to succeed in the music business. HIZREEN KAMAL writes.

HE may not be a well-known name in the local music scene just yet but that may well change when Farith Taib’s debut album entitled Dinamik Cita dan Cinta is released next month.

According to the 28-year-old, having his maiden effort out after a five-year wait is akin to finally receiving a stamp on his singing career passport.

“I’m excited as it is my childhood dream come true,” he said.

Farith admits to feeling “a little nervous and excited” at the same time.
With the long wait, many people would have just given up but not Farith.

“There was a time when I asked myself whether I wanted singing as a career. I was confused and needed someone to knock some sense into my head,” said Farith, the second of four siblings.

His deep passion for singing, however, pulled through.

Over the last five years, Farith worked at honing his vocal skills by trying his luck in two TV reality programmes.

In 2004, he entered Malaysian Idol (Season 1), aired over 8TV. However, he only managed to make it to the Wild Card round.

Undeterred, he took part in TV3’s Mentor (Season 2) in 2006. And it was on this show that the door of opportunity opened for him.

On the show, Farith was paired with singer/composer/vocal trainer Hazami, who acted as his mentor.

Farith learned a lot from Hazami, in terms of strengthening his vocal range.

Hazami saw the potential in Farith and offered him a recording deal as well as a place in his stable of new and talented artistes under Hazami Records.

Farith readily agreed, since he had always enjoyed and believed in Hazami’s work and music.

Hazami had many plans for him but they were stalled due to unforeseen circumstances.

“Of course I was a bit disappointed, but I knew that it was out of Hazami’s hands,” said Farith, refusing to divulge more details.

Meanwhile, Farith secured jobs to sing at various hotels in the Klang Valley.

“It has been a wonderful experience and I learned a thing or two about interaction with the audience and performing on stage.

“I am shy but the hotels stints have given me that extra confidence.”

Farith also worked as a back-up and vocal guide for new artistes.

Dinamik Cita dan Cinta features 10 tracks.

“Pop and ballad genres complement my vocals best, even though my influences are more R&B, such as Luther Vandross and Boyz II Men.”

Among the tracks are Merindu Cinta, Haruskah, Demi Cinta Indah Ini, Permainan Ini, Syair Puisi Sepi, Akan Setia, Pulang and Bawa Daku Pergi.

Hazami jadi mahaguru Farith


Oleh Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

MUNGKIN ramai yang memandangnya sebagai penyanyi amatur kerana karier nyanyiannya yang baru bermula. Namun, menyelami semangat juangnya yang tinggi bukan sebarang orang dapat mengharungi cabaran melainkan punya jati diri seni yang tulen.

Lima tahun menanti dalam penuh kesamaran, satu tempoh yang cukup untuk membuatkan kita menyerah kalah namun, tidak pada pendatang baru, Farith Taib, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Farith ini.

Selepas menyertai pertandingan Malaysian Idol pada 2004, dia yang sekadar berjaya memboloskan diri sehingga peringkat 'wild card.'

Tidak mengenal erti jemu, pemuda berkulit sawo matang ini mencuba pula nasib dengan menyertai program Mentor musim pertama.

Namun, belum sempat beraksi di pentas sebenar dia terlebih dulu kecundang dalam pertandingan itu apabila Hazami selaku mentor terpaksa memilih seorang saja peserta sebagai protegenya dan keputusan itu berpihak kepada peserta wanita, Rahayu Baharudin (Ayu).

Pun begitu, menyedari pemuda ini berbakat besar dan memliki vokal cukup unik penyanyi, komposer, penulis lirik dan produser album itu melamar Farith sebagai artis rakamannya.

Sejak mengerjakan pembikinan album awal tahun lalu, kini Farith boleh menarik nafas lega apabila penantian lima tahun berakhir dengan kemunculan album pertama diberi judul Dinamik Cita dan Cinta yang dijangka melewati pasaran Julai nanti.

"Saya rasa bernafas sedikit sekarang ini. Namun, kalau hendak kata lega sangat itu tidaklah kerana banyak lagi cabaran yang harus saya tempuhi.

"Misalnya, strateginya ialah menempatkan diri dalam arena seni suara, sekali gus memastikan kehadiran serta album saya diterima.


"Sebagai penyanyi, kita harus percaya dengan bakat yang ada, jika tidak bagaimana orang lain hendak percaya dengan bakat kita," katanya.
Bercerita lanjut mengenai pembikinan album pertama, setakat ini tujuh lagu selesai dirakamkan sementara baki tiga lagu lagi bakal disempurnakan dalam masa terdekat ini.

Menampilkan lima lagu balada dan lima rancak, sebagai permulaan dua single akan diketengahkan terlebih dulu iaitu Merindu Cinta dan Haruskah yang mana kedua-duanya adalah hasil sentuhan Hazami.

"Dua single diketengahkan dengan harapan ia dapat memperkenalkan saya kepada umum. Saya berharap pendengar menyukainya dan memiliki album ini," katanya.

Memilih judul album Dinamik Cita dan Cinta, Fariz memaklumkan lagu yang terkandung dalam album itu menggambarkan keadaan sebenar yang dilaluinya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Dinamik dalam nyanyian ada naik dan turunnya. Begitulah juga perjalanan hidup saya. Dek terlalu, berkehendakkan sangat impian ini saya tidak bekerja dari 2006 sampai sekarang demi memberi sepenuh perhatikan pada pembikinan album.

"Walaupun ada ketikanya berasa rugi dan ketinggalan lebih-lebih lagi melihat ramai kawan-kawan yang sudah berjaya dan stabil di usia sebegini, namun saya percaya setiap kesabaran pasti ada hikmahnya.

"Saat yang dinanti kini sudah pun tiba dan peluang berada di depan mata tidak sekali-kali saya persiakan," katanya.

Ditanya apa yang membuatkannya terus bersabar dengan janji Hazami, selamba Farith menjawab dia begitu percaya dengan hasil kerja mentornya itu.

"Bukan tidak boleh terbitkan album atau single sendiri malah, ibu saya pernah menawarkan peluang itu kerana ingin merealisasikan impian saya.

"Tetapi, terus-terang saya sangat percayakan kerja Hazami. Lagipun pembikinannya sudah dimulakan dan saya pula jenis yang tidak suka buat kerja separuh jalan. Lagipun, wang yang dilaburkan Hazami untuk album ini bukan sedikit," katanya.